Sekiranya anda berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan, anda wajar singgah ke Kedai Kak Zah Pokok Kelat untuk menikmati menu istimewanya Maggi Telur Sotong.
myPercutian pernah singgah ke kedai makan ini dan sememangnya ia seperti yang diviralkan. Kami bernasib baik kerana sampai ke kedai ketika kedai baru nak dibuka. Kalau tak memang kena beratur panjang.
Kedai Kak Zah Pokok Kelat menawarkan hidangan maggi telur sotong pada harga sekitar RM10 – RM15 untuk setiap hidangan. Selain telur sotong, ada juga lauk lain seperti sotong, udang, ayam dan banyak lagi.
Lokasi kedai makan ini terletak di kawasan kampung. Dalam perjalanan menuju ke kedai, mungkin anda akan berasa was-was adakah anda menuju ke lokasi yang betul atau sebaliknya. Jangan bimbang, guna aplikasi Maps atau Waze dan search Kedai Kak Zah Pokok Kelat memang sah menuju ke destinasinya.
Gambar atas adalah semasa kami dah nak balik. Sempat snap dari dalam kereta dan nampaknya beratur panjang tu.
Tak apa menunggu lama asalkan sedap dan berbaloi kan?
Selamat mencuba!
Alamat : Kampung Cherang Laut, Tawang Kelantan, 16020 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
No. telefon : +60 19-997 0123
Waktu Operasi : 2:00 p.m – 1:00 a.m
Facebook : Maggie Telur Sotong