Ada banyak tempat menarik sekiranya anda berkunjung ke negeri Kelantan. Selain itu, pelbagai makanan juga ada boleh dapati di Kelantan.
Kali ini, myPercutian nak berkongsi salah satu tempat menarik yang ada di Daerah Tumpat, Kelantan.
Ianya adalah Kelantan Floating Market yang terletak di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. Kelantan Floating Market atau pasar terapung di Kampung Pantai Suri adalah pasar terapung pertama di Malaysia.
Sebanyak 10 bot penambang disediakan sebagai permulaan untuk menjual makanan dan minuman yang mampu menarik tumpuan penduduk setempat atau pengunjung luar.
Konsep jualan yang dibuat seakan-akan pasar terapung di Thailand itu menghimpunkan pelbagai jualan, khususnya yang hanya terdapat di sekitar perkampungan pulau termasuk jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog myPercutian. Jangan lupa LIKE dan SHARE post ni yer. TQ
Kredit gambar kepada FB Nor Liyana