Geobay Hotel Johor Bahru

0
1663

Sudah agak lama admin tidak update blog ni. Maklumlah, kesibukan dengan tugas hakiki sedikit membuatkan admin kekurangan masa untuk berblog. Namun begitu, salah satu perjalanan admin ke selatan Malaysia baru-baru ini telah membuatkan admin terpanggil untuk memberi ulasan mengenai sebuah hotel di Johor Bahru iaitu Geobay Hotel.

Apa yang menariknya dengan hotel ni?

Geobay Hotel terletak di Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Lokasi yang strategik untuk anda ke Taman Tema Legoland dan pelbagai tarikan menarik di Johor. Sekitar hotel terdapat banyak lagi hotel-hotel lain namun begitu admin rasa tertarik untuk mencuba menginap di sini.

Harga yang ditawarkan sekiranya walkin agak mengejutkan. Sekitar RM199 – RM300! Namun begitu, jangan lupa untuk cuba menempahnya menerusi laman Agoda atau Trivago. Anda boleh menginap dengan harga sekitar RM100 – RM150 untuk bilik Superior Deluxe Room sehingga Executive Deluxe Room!

“Berkunjung ke Kluang, Johor semestinya kita akan singgah di kedai kopinya yang sangat popular terletak berhampiran dengan Stesen Keretapi Kluang. Namun begitu, jika akan berminat untuk bermalam di hotel di Kluang, terdapat banyak pilihan hotel yang anda boleh pilih. Ada yang mahal dan ada yang murah. Bergantung kepada bajet anda.”

Baca juga – Extreme Boutique Hotel antara hotel menarik di Kluang, Johor!

Bilik memang agak kecil namun tetap selesa. Semua peralatan masih baru dan sangat menyenangkan. Jadi, kalau anda nak berkunjung ke Johor Bahru, admin sarankan anda menginap di hotel ini!

Pasti berbaloi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here